Jumlah itu termasuklah lima Ahli Parlimen dan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengumumkan keluar UMNO pada Disember 2018.

Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, jumlah 100,000 itu datang daripada 25 kawasan Parlimen di Sabah.

“Borang telah dihantar untuk pertimbangan. Termasuklah lima Ahli Parlimen, lapan ADUN dan dua Senator. Kami alu-alukan keputusan tersebut (Bersatu masuk ke Sabah),” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Lima bekas Ahli Parlimen UMNO itu ialah Ronald (Beluran), Datuk Abd. Rahim Bakri (Kudat), Datuk Azizah Mohd. Dun (Beaufort), Datuk Zakaria Mohd. Edris (Libaran) dan Yamani Hafez Musa (Sipitang).-UTUSAN ONLINE