1) Dakwaan wang GST dirompak menjejaskan keyakinan pelabur berkenaan tadbir urus kewangan negara hingga mengakibatkan pelabur lari dan mencatatkan aliran keluar dana asing mencecah RM38 bilion!

2) Pengeluaran dana asing yang berterusan keluar daripada Malaysia juga telah menjejaskan Bursa Malaysia sehingga kehilangan 200 mata atau bersamaan dengan kemerosotan nilai sehingga RM270 bilion!

3) Kejatuhan teruk nilai Bursa Saham Malaysia menyebabkan Syarikat-syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mencatatkan kerugian besar nilai perlaburan seperti Khazanah Nasional Berhad (rugi RM21 bilion) dan Tabung Haji (rugi RM10 bilion)!

4) Aliran keluar dana asing telah menyebabkan ringgit Malaysia menyusut berbanding dolar Amerika iaitu purata RM4.10 bagi setiap 1 dolar Amerika berbanding di RM3.80 pada awal tahun 2018 ketika BN memerintah!

5) Aliran keluar dana asing juga telah merendahkan pegangan bon-bon Kerajaan Malaysia menyebabkan Malaysia berada di dalam risiko akan diturunkan penarafan dari dua kepada satu World Government Bond Index oleh FTSE Russel yang berpangkalan di London. Sekiranya berlaku, Malaysia bakal menyaksikan aliran keluar lebih USD8 bilion atau RM32 bilion pula dari pasaran bon Malaysia!

6) Menggunakan alasan wang bayaran balik GST dirompak untuk menghalalkan Kerajaan PH menjarah hampir RM82 bilion dana Petronas telah menyebabkan Moody’s merendahkan rating atau penarafan Petronas daripada A1 kepada A2 pada 20 Jun 2019. Lebih menyedihkan daripada RM82 bilion yang kononnya untuk melunaskan RM19.4 bilion wang GST, hanya RM1.5 bilion sahaja yang layak dibayar (sebagaimana laporan The Edge)!

7) Penjarahan dana Petronas akibat kekurangan sumber pendapatan sejak pemansuhan GST telah menyaksikan Lim Guan Eng bertanggungjawab meningkatkan Hutang Langsung Kerajaan dari RM686.8 bilion pada 31 Disember 2017 kepada terbaru RM804 billion baru-baru ini!

8) Hilangnya keyakinan pelabur asing dengan pengeluaran besar-besaran dana yang menyebabkan kerugian syarikat-syarikat milik Kerajaan dan kekurangan sumber pendapatan telah menyaksikan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan siri penjualan aset-aset bernilai Kerajaan seperti saham IHH Healthcare Berhad kepada Mitsui & Co dengan harga RM8.42 bilion, saham M1 milik Axiata kepada Singapura dengan harga RM1.65 bilion dan banyak lagi!

9) Pelupusan atau penjualan aset-aset pelaburan oleh Khazanah dan Syarikat-syarikat milik Kerajaan lain juga memberi kesan langsung terhadap pemberhentian ribuan pekerja-pekerja yang berada di bawah syarikat-syarikat ini. Terbaru, UEM Group Berhad yang dimiliki Khazanah Nasional dilaporkan akan memberhentikan lebih 200 pekerja atas alasan untuk mengurangkan kos lantaran mengalami kerugian. 33,402 orang pekerja swasta setakat ini telah dilaporkan diberhentikan kerja!

10) Lebih menyedihkan, mengikut Laporan Bank Negara sehingga Mei 2019 pengangguran terus meningkat kepada 520,000 orang. Malah bagi tahun pertama pentadbiran PH (Mei 2018 - Mei 2019), statistik Laporan Tenaga Buruh yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara menunjukkan hanya 269.9 ribu pekerjaan baharu dicipta berbanding tempoh yang sama setahun sebelumnya di bawah Barisan Nasional iaitu sejumlah 398.2 ribu (Mei 2017 - Mei 2018)!

Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan tegasnya menggesa dan mendesak supaya Yang Berhormat Lim Guan Eng meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan kerana menjadi punca utama kemudaratan besar terhadap ekonomi negara sekaligus menyebakan kesusahan kepada rakyat!

Penulis merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

* Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Utusan Malaysia