SIDANG DEWAN RAKYAT

Shu Qi dalam ucapannya menyatakan BN tidak menggunakan otak untuk membuat pelan kerja sewaktu mentadbir negara.

“BN langsung tidak pakai otak dalam semua rangkaan,” katanya sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Berikutan suasana yang semakin tidak terkawal, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof meminta Shu Qi menarik balik kenyataannya.

Mohamad Arif berkata, tindakan menarik balik kenyataan itu bagi menjaga keharmonian sidang dewan.

“Yang Berhormat, mungkin kurang manislah tak pakai otak. Tarik balik, tarik balik untuk mengekalkan harmoni,” katanya.

Shu Qi kemudiannya akur dengan permintaan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkenaan. -UTUSAN ONLINE