Oleh sebab terlalu kerap ‘mengacau’ ucapan perbahasan Ahli Parlimen lain, pemimpin DAP itu terpaksa ditegur Datuk Seri M. Saravanan (BN-Tapah) dengan ‘ayat pedih’.

“Saya setiap kali Yang Berhormat bangun, saya malu sebagai Ahli Parlimen India, tahu?” katanya ketika membahaskan titah diraja dalam Sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Kata Saravanan, Rayer sering membangkitkan isu skandal rasuah yang masih dalam siasatan dalam Dewan Rakyat, seolah-olah tiada perkara lain yang boleh dibangkitkan.

“Hari ini kerajaan diperintah oleh Pakatan Harapan (PH), silalah buat laporan dan ambil tindakan mengikut peraturan sedia ada. Kenapa setiap kali nak gunakan dewan ini?

Sebelum itu, Rayer mencelah perbahasan dengan meminta Saravanan sebagai wakil MIC memberi penjelasan tentang isu wang hasil saham Maika Holdings yang didakwa masuk ke akaun peribadi Setiausaha Agung MIC, S. Vell Paari. – UTUSAN ONLINE