Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Abdul Hakim Amir Osman berkata, tawaran tersebut merupakan peluang untuk orang ramai merebut rebat cukai pendapatan e-filing tahun 2019 yang berakhir hari ini.

“Orang ramai yang membuat pembayaran sebelum tengah malam sahaja boleh mendapatkan rebat tersebut termasuk yang membayar dalam talian.

“Kami juga membuka kaunter sehingga pukul 9 malam dan menyediakan kaunter bergerak di Dataran Shamelin yang akan beroperasi sehingga 12 tengah malam,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma PPZ di sini.

Menurutnya, pembayaran secara dalam talian melalui www.zakat.com.my turut digalakkan bagi individu yang tidak berkesempatan ke ibu pejabat PPZ. - UTUSAN ONLINE