NAJIB RAZAK
NAJIB RAZAK 

Datuk Seri Najib Tun Razak (BN-Pekan) mendakwa, dalam beberapa bulan sahaja, kerajaan telah menjual aset-aset berkenaan.

Beliau percaya, langkah menjual aset bukanlah satu strategi yang menjamin ekonomi negara terselamat.

“Kalau kita jual aset bermaksud kita berada dalam keadaan yang terlalu terdesak dan akan mengancam kemampuan kita untuk meraih pendapatan masa akan datang,” katanya sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE