Pengerusi PAC yang baharu dilantik hari ini, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, kedua-dua individu itu akan memberi penjelasan mengenai transaksi penjualan tanah milik kerajaan, di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Pada 23 April ini, kita akan meneruskan prosiding siasatan jualan tanah DBKL, Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM bersetuju untuk tampil memberi keterangan,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen.

Terdahulu, Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO telah dipilih mempengerusikan jawatankuasa tersebut pada sesi sidang Dewan Rakyat, hari ini. - UTUSAN ONLINE