Sambil meluahkan kekecewaannya, Khairy turut mendakwa Mohammad Ariff seolah-olah melindungi Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan yang didakwa telah melakukan penipuan dalam Dewan Rakyat.

"Macam mana dia boleh jadi Hakim pun saya tak tahulah. Tak guna," katanya ringkas dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Keputusan Mohammad Ariff yang mendapati tidak berlakunya unsur provokasi serta mengelirukan dalam kenyataan 'merompak' oleh Guan Eng untuk membolehkan Menteri Kewangan itu dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen telah mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat hari ini.

Tindakan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan Ahli Parlimen di blok pembangkang yang menganggap ia bertentangan dengan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Isnin lalu bahawa tiada kehilangan wang sebanyak RM19.4 bilion dalam GST. - UTUSAN ONLINE