Menterinya, Mohamad Sabu berkata, melalui semakan pihaknya, terdapat dua kesilapan dalam penyata kewangan LTAT pada 2017.

Beliau malah memberitahu, kesilapan berkenaan adalah sejumlah RM202.71 juta telah diistiharkan sebagai pendapatan hasil daripada penjualan tanah serta kemerosotan harga pasaran bagi dua saham sekuriti pegangan LTAT berjumlah RM88.90 juta tidak diambil kira dalam penyata kewangan LTAT bagi tahun 2017.

“Mengambil kira dua kesilapan ini, LTAT pada tahun 2017 sebenarnya mengalami kerugian terkumpul sebanyak RM31.6 juta, bukannya keuntungan RM259.99 juta yang diumumkan sebelum ini.

“Semakan- semakan ini yang menyebabkan kelewatan terhadap penyata kewangan LTAT bagi tahun berakhir Disember 2018 untuk memastikan ketepatan pelaporan dan supaya ia tidak akan berulang lagi,” katanya pada sesi pertanyaan-pertanyaan Menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) mengenai hala tuju LTAT di bawah kerajaan Pakatan Harapan dan langkah-langkah untuk mendatangkan faedah yang lumayan kepada pelabur dan peminjam.

-UTUSAN ONLINE