Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman berkata, bagi menangani masalah itu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memperkenalkan program-program pemutihan dengan mendaftarkan golongan berkenaan untuk direkodkan.

“Isu lambakan PATI sejak dahulu lagi di Sabah di bawah kerajaan terdahulu. Bila kerajaan baharu ambil alih, lambakan PATI di Sabah didapati sudah di luar kawalan.

“Kita akan buat program pemutihan dan bukan memberi MyKad kepada mereka,” katanya sewaktu menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Negara, hari ini. - UTUSAN ONLINE