ALEXANDER NANTA LINGGI

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan sen­­tiasa menyalurkan dana kepada Mara untuk meneruskan bantuan pendidikan kepada pelajar yang layak.

“Mara tidak kehabisan dana dalam memberikan pinjaman pendidikan kerana kerajaan sentiasa memberi sumbangan kepada Mara untuk tujuan tersebut,” katanya menjawab soalan Senator Tan Sri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah mengenai dana Mara dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Alexander berkata, Mara telah menaja seramai 125,800 pelajar Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak serta Orang Asli untuk melanjutkan pelajaran dalam negara sejak 2010 hingga Oktober tahun ini.

Beliau berkata, dalam tempoh tersebut seramai 15,080 pelajar pula ditaja Mara untuk pengajian di luar negara dalam pelbagai bidang.

“Tajaan itu mengikut peringkat diploma, ijazah pertama, sarjana, kedoktoran dan profesional,” katanya.