IDRIS JUSOH
IDRIS JUSOH

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kebolehpasaran graduan tempatan tahun lalu adalah pada tahap 77.3 peratus berbanding 76.1 peratus pada 2015 dan 75.1 peratus pada 2014.

Menurut beliau, tahap kebolehpasaran lepasan politeknik pula adalah 88.75 peratus manakala kolej komuniti pula mencatatkan 97.2 peratus.

"Ini satu kebanggaan dan memperlihatkan peningkatan yang terus berlaku," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2018 peringkat dasar bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE