Rang undang-undang itu mendapat sokongan 211 ahli Parlimen sekali gus meraih majoriti lebih dua pertiga daripada 222 bilangan Ahli Dewan Rakyat untuk diluluskan tanpa sebarang pindaan.

Selepas kiraan undi belah bahagi dilakukan, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof mengumumkan, seramai 211 ahli Dewan Rakyat bersetuju, manakala tiada yang tidak bersetuju dan tidak mengundi.

Selain itu, pindaan berkenaan juga membolehkan pendaftaran secara automatik sebagai pemilih oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaksanakan sebaik sahaja seseorang warganegara itu mencapai usia 18 tahun.

Turut dipinda Rang Undang-Undang ini untuk menurunkan umur layak untuk menjadi calon pilihan raya pada seawal usia 18 tahun. - UTUSAN ONLINE