Ti Lian Ker

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker menyuarakan kebimbangan itu berdasarkan pendirian ketiga-tiga pemimpin tersebut yang tidak bersetuju dengan pengiktirafan terhadap UEC ketika mereka menerajui pentadbiran kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN) dahulu.

“Pernah saya mengingatkan dan menegur Ahli Parlimen Kulai (Teo Nie Ching) sebelum menjadi Timbalan Menteri Pendidikan supaya jangan sewenang-wenang­nya berjanji kosong mengenai pengiktirafan UEC sekiranya DAP berkuasa nanti.

“Saya menasihati Yang Berhormat supaya mendapat persetujuan Perdana Menteri, Anwar dan Ahli Parlimen Pagoh (Muh­yiddin) yang menjadi penghalang pengiktirafan sijil UEC semasa pentadbiran mereka,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Negara, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Lian Ker yang juga Ahli Jawatankuasa Pusat MCA berkata, kerajaan dianggarkan mengalami kerugian antara RM25 bilion hingga RM30 billion dalam bentuk pampasan, rombakan dan pemulihan kawasan jika berhasrat membatalkan projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Katanya, kerajaan sewajar­nya menumpukan kepada usaha mencari jalan penyelesaian dan bukan membatalkan projek tersebut.

“Sebenarnya kalau kita me­numpu pada penyelesaian fasa pertama ECRL yang melibatkan 600 kilometer sahaja dari Gombak ke Kota Bharu cuma memerlukan anggaran perbelanjaan RM46 billion sahaja,” jelasnya.

Beliau memberitahu, sekiranya pendekatan diplomasi antara kerajaan Malaysia dan China digunakan, kos projek boleh dikurangkan kepada RM35 bilion sekali gus membolehkan fasa pertama ECRL diteruskan.

“Alternatifnya, kita harus meneruskan ECRL dari Pelabuhan Klang hingga ke Kuantan atau Kemaman untuk pengangkutan kargo sahaja,” katanya.