Tegas Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, gelaran yang tidak sepatutnya seperti diktator tidak akan membantu ekonomi negara pulih sebalik­nya akan menjejaskan imej Malaysia di mata dunia.

“Kalau kedudukan Perdana Menteri tergugat, saya yakin rakan-rakan dalam BN akan bersama dengan Dr. Mahathir untuk memastikan beliau dapat menjalankan tugas de­ngan kukuh.

“Atas sebab itu saya harap pertengkaran dalaman parti-parti politik PH dapat diselesaikan ke­rana ia tidak membantu kerajaan dalam mengkoordinasi kementerian secara sihat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Hishammuddin yang juga be­kas Naib Presiden UMNO mem­beri­tahu, pemimpin dan menteri PH boleh melakukan perbandingan terhadap kepemimpinan Dr. Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri keempat dan kini tetapi ia harus diselaraskan.

“Saya pernah be­kerja di bawah pentadbiran Dr. Mahathir selama 20 tahun, tu­duhan yang mengatakan beliau seorang diktator sangat tidak masuk akal.

“Saya tak ada masalah pun dalam tempoh 20 tahun itu, jadi kenapa sekarang timbul isu diktator, malah dibangkitkan sendiri oleh mereka dalam PH,” katanya.