Shamsul Iskandar Mohd. Akin
SHAMSUL ISKANDAR 

Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, penetapan harga lantai memerlukan sumber kewangan yang tinggi sekiranya harga getah asli dunia mengalami trend penurunan mendadak.

“Di samping itu, ia juga menyediakan ruang kepada aktiviti spekulasi harga dalam kalangan penjual getah dengan menekankan harga ke paras rendah dan mengharapkan kerajaan akan menampung perbezaan antara harga pasaran dan harga lantai.

“Selain itu, menyediakan ruang kepada aktiviti penyeludupan getah dari luar negara memandangkan harga tempatan adalah lebih tinggi berbanding harga antarabangsa,” katanya dalam sesi soal jawab Sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Awang Hashim (Pas-Pendang) yang meminta Kementerian Industri Utama menyatakan sama ada telah melaksanakan harga lantai pembelian getah (cup lump) seperti yang dijanjikan RM2.50. - UTUSAN ONLINE