Katanya, meskipun kerajaan tidak mengisytiharkan darurat seperti yang dituntut, namun beliau memuji kerajaan yang tetap berusaha menangani bencana itu seolah-olah telah diisytiharkan darurat.

Kata Hassan, keadaan di tempat beliau kini beransur pulih selepas 18 hari berlakunya pencemaran tersebut.

“Saya bersama-sama rakyat di Pasir Gudang ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutan dan kerajaan negeri yang telah membantu dalam menangani isu bencana itu.

“Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) dan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) dan ramai menteri Kerajaan Pusat telah turun ke Pasir Gudang menangani isu bencana itu walaupun darurat tidak diisytiharkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung Titah Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.-UTUSAN ONLINE