Ramesh Rao
Ramesh Rao

Pengarah Strategik Parti Alternatif Rakyat, Ramesh Rao berkata, ini kerana kerajaan Pakatan Harapan jelas melanggar Peraturan Mesyuarat 4(1) yang menyebut satu makluman perlu diberikan kepada Setiausaha Dewan Rakyat melalui surat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum sidang Dewan Rakyat bermula.

“Kerajaan pakatan ini jelas melanggar peraturan berkenaan kerana pelantikan Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof hanya diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam sehari sebelum persidangan bermula, bukannya dalam masa 14 hari.

“Kerajaan Pakatan Harapan bukan sahaja hendak mempermainkan rakyat dengan pelbagai keputusan mengarut, keadaan ekonomi jatuh tetapi mereka kini dilihat seperti menghina Perlembagaan serta mempermainkan Parlimen,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE