Beliau menegaskan, sebagai pembangkang prinsip tersebut akan tetap dipertahankan.

“Ahli-ahli pembangkang hari ini juga telah menyuarakan bantahan dari segi proses pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang wajib berasaskan kepada peraturan mesyuarat.

“Saya ingin menegaskan bahawa semua ahli Dewan Rakyat perlu mematuhi segala peraturan Parlimen dan sebagai pembangkang, kami menegaskan bahawa ini satu prinsip yang akan tetap kami pertahankan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Najib berkata beliau juga telah mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Pekan hari ini ketika sidang Dewan Rakyat bermula.-UTUSAN ONLINE