Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, jumlah itu adalah 90.92 peratus daripada keseluruhan 7,877 unit rumah yang telah dibina.

"Daripada jumlah itu, hanya 715 unit atau 9.08 peratus yang belum dijual di mana unit-unit tersebut masih dalam peringkat pengisian dan juga pembeli dalam proses permohonan pinjaman perumahan," katanya semasa sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Raja Kamarul menjawab pertanyaan Chan Ming Kai (PH-Alor Setar) mengenai lot bumiputera dan bukan bumiputera bagi rumah kos rendah serta rumah mampu milik yang telah dijual dan masih kosong di setiap negeri.

Jelas Raja Kamarul berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat komprehensif mengenai lot bumiputera dan bukan bumiputera bagi kos rendah mahu pun rumah mampu milik yang dijual atau masih kosong.

Namun begitu, jelasnya, Jabatan Perumahan Negara sedang membangunkan sistem pengumpulan maklumat  Bumiputera, Sistem Pengurusan Perumahan Integrasi (HIMS) bagi mengkoordinasi maklumat perumahan secara menyeluruh.- UTUSAN ONLINE