Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman
Datuk Mohd. Azis Jamman

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman yang mengesahkan perkara itu berkata, angka yang dibangkitkan itu diperoleh daripada ahli-ahli Parlimen pembangkang pada ketika itu.

“Soalan ini tidak melibatkan kementerian saya dari sudut kebenarannya. Saya faham Yang Berhormat (YB) nyatakan itu bahawa sebelum pilihan raya umum merupakan satu angka yang diambil daripada ahli-ahli Parlimen pembangkang pada masa itu.

“Sudah pasti angka itu tidak tepat dan tidak benar. Hari ini saya berada dalam Dewan Negara menyatakan jumlah sebenar berkenaan dengan status masyarakat India negara kita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya dalam sesi soal jawab di  Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk T. Mohan yang mempersoal kesahihan angka 300,000 kaum India tiada dokumen pengenalan diri yang dibangkitkan sebelum ini sehingga menyebabkan MIC kehilangan kepercayaan pengundi. – UTUSAN ONLINE.