Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan itu bagi menggantikan Mohd. Fazari Mohd. Salleh yang bersara wajib pada semalam.

Menurut kenyataan itu lagi, Zulkifli sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM sejak 14 Februari 2017 merupakan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Pembangunan Universiti Sains Malaysia (USM) dan Ijazah Sarjana Pembangunan Komuniti Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat di Pusat Serenti Karangan Kulim, Kedah pada 15 April 1989 dan seterusnya berkhidmat selaku Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Batang Padang, Tapah, Perak bermula 1 Ogos 1996.

“Pelantikan beliau dibuat berdasarkan prestasi serta pengalaman luas di jabatan ini di samping pengetahuan serta kredibiliti yang dimiliki sekaligus membolehkannya dilantik selaku Ketua Pengarah bagi menerajui kepimpinan di Jabatan Kebajikan Masyarakat,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, diharapkan dengan pelantikan berkenaan dapat membawa jabatan ke dimensi baharu dalam mengarusperdanakan profesion kerja sosial di samping memantapkan pengurusan hal ehwal pembangunan masyarakat di Malaysia.

“Di kesempatan ini juga, seluruh warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat ingin merakamkan penghargaan ucapan terima kasih kepada Mohd. Fazari Mohd. Salleh yang telah berkhidmat Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat selama setahun bermula 10 Februari 2018,” jelas sama lagi. – UTUSAN ONLINE