Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan pelbagai faktor dan bukan sahaja melihat kepada desakan sesetengah pihak dalam perkara-perkara tertentu. 

“Kita tidak selalunya terpaksa ikut kehendak orang lain, kita kena tentukan sebab-sebab (faktor) kita respon kepada mana-mana desakan sama ada dia (Zakir) mengikut undang-undang ataupun tidak. 

“Kalau tidak, ada orang akan jadi mangsa,” katanya pada sidang akhar selepas menyampaikan perutusan khas pada Taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan sesetengah pihak supaya pendakwah bebas itu dihantar pulang ke negara asalnya India.-UTUSAN ONLINE.