Pengiktirafan itu adalah berdasarkan pengurusan berkualiti pemberian pinjaman dan biasiswa, pembayaran balik, program pembangunan insan dan proses-proses sokongan lain.

Penyerahan sijil MS ISO 9001:2015 dilaksanakan di Bangunan Dato Jaafar, Kota Iskandar di sini sebentar tadi daripada Ketua Seksyen Perkhidmatan Jabatan Persijilan Sistem Pengurusan SIRIM QAS kepada Menteri Besar, Fauziah Sulaiman.

Kemudian diserahkan kepada Pengurus Besar YPJ, Ab. Han Ramin dan ini merupakan kali kedua YPJ menerima pensijilan ISO dan kali pertama memperoleh sijil MS ISO 9001:2010 pada 2008. - UTUSAN ONLINE