Keberangkatan tiba Sultan Muhammad V pada pukul 10 pagi tadi disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof.

Turut menyambut ketibaan Baginda ialah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Sultan Muhammad V menerima sembah ‘Hormat Diraja’ daripada Mejar Mohd. Izham Ahmad Rashidi yang mengetuai barisan kawalan keselamatan utama Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Seramai 103 anggota terlibat dalam kawalan kehormat seterusnya lagu Negaraku dimainkan oleh pancaragam Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diikuti tembakan meriam sebanyak 21 das.

Ini merupakan persidangan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerajaan Pakatan Harapan berjaya membentuk sebuah kerajaan. - UTUSAN ONLINE