Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, pihaknya akan mengiringi keberangkatan Sultan Muhammad V ke negeri jelapang padi itu.

“Pada esok pagi, sebagaimana yang telah dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, insya Allah kami akan bergerak bersama-sama dengan Baginda ke Kedah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu Zulkifli berkata, pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menzahirkan rasa dukacita dan takziah kepada seluruh keluarga, kerabat dan rakyat Kedah atas pemergian tersebut.

“Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan doa buat Almarhum Tuanku,” katanya. - UTUSAN ONLINE