Hong Leong Yamaha dalam satu kenyataan memaklumkan, jentera tersebut yang mempunyai enjin berkapasiti 250 cc, penyejukan cecair dan empat lejang dilengkapi dengan beberapa ciri istimewa seperti sistem brek antikekunci (ABS) pada roda depan dan belakang, sistem kawalan cengkaman (TCS) serta sistem kunci pintar.

Didatangkan dengan dua warna iaitu Metallic White dan Rusty Broze, XMax 250 dijual bermula daripada RM22,498.50 termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST). - UTUSAN ONLINE