Pengasas Parti Kemajuan Malaysia (MAP) itu malah menyifatkan laporan yang diterbitkan portal tersebut pada malam tadi adalah palsu dan berniat jahat.

“(Saya) tidak bercakap kepada Malaysiakini atau mana-mana wartawannya mengenai perkara ini,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today di sini hari ini.

Semalam, Malaysiakini melaporkan Waytha Moorthy tidak bersetuju dengan pengajaran seni khat Jawi di sekolah vernakular kerana beliau berpendapat masih banyak perkara lain untuk diajar kepada pelajar, terutamanya berkaitan teknologi seperti pengekodan.

Menurut laporan itu, beliau turut berkata ramai anggota Kabinet tidak bersetuju dengan perkara tersebut.

Dalam laporan tersebut, Malaysiakini menyatakan beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama Bernama. - UTUSAN ONLINE