Ibadah suci itu dalam erti kata lain juga merangkumi pemberian lembu untuk amalan korban, fardu haji dan sebagainya.

Sehubungan itu, Ketua Pesuruhajaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya meminta seluruh umat Islam untuk menghayati erti pengorbanan sebenar dalam Hari Raya Aidiladha sebalik ritual ibadah korban.

"Oleh itu, saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa bersama-sama SPRM yaang bertekad untuk terus berkorban memerangi sebarang bentuk rasuah dan membina jati diri yang alah rasuah.

"Semoga negara kita bebas daripada sebarang bentuk rasuah," katanya dalam perutusan sambutan Hari Raya Aidiladha di sini hari ini.

Pada masa sama, Latheefa mengesa rakyat Malaysia yang pulang ke kampung masing-masing untuk memandu dengan berhemah dan berhati-hat di jalan raya.

"Bagi pihak diri ini, seluruh warga SPRM dan seisi keluarga dengan nawaitu murni lagi penuh tawaduk di hati, menyusun rapi sepuluh jari memohon ampun serta kemaafan atas sebarang kesalahan dan kekhilafan, zahir mahu pun batin.

"Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha,  mudah-mudahan Hari Raya korban tahun ini disambut dalam keadaan aman, sempurna dan penuh kegembiraan," katanya.-UTUSAN ONLINE