Titah Sultan Abdullah, baginda akan menentukan Waris Ganti selepas berbincang dengan ahli keluarga terlebih dahulu.


“Insya-Allah saya percaya semua sudah lebih kurang boleh ramal kalau ikut tradisinya.


“Cuma saya nak tetapkan dan meyakinkan diri saya dahulu barulah kita boleh memutuskan dan akan umumkan dalam masa terdekat,” titah baginda selepas istiadat pemasyhuran baginda sebagai Sultan Pahang keenam dalam era moden di Istana Abu Bakar di sini hari ini.


Secara tradisi, jawatan Tengku Mahkota Pahang akan diserahkan kepada putera sulung kepada pemerintah semasa.


Putera sulung baginda ialah Tengku Panglima Besar, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Sultan Abdullah. - UTUSAN ONLINE