Majlis itu dimulakan dengan pembacaan surah An-Naml dari ayat satu hingga 20 yang diketuai Imam Surau Al-Huda, Utusan, Mohd. Radzi Mohd Zin. 


Ia diikuti sesi ceramah oleh Ustaz Shauqi yang mentafsir ayat-ayat daripada surah tersebut untuk dihayati dan dijadikan panduan oleh warga kerja Utusan.

Selain sempena sambutan Malaysia #QuranHour, majlis Tamankan Hati Keluarga Utusan merupakan wadah untuk merapatkan hubu­ngan silaturahim antara warga kerja Utusan Melayu selain memberi motivasi. 

Majlis itu turut dihadiri oleh Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Hassan Mohd. Noor - UTUSAN ONLINE