Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Warga emas meninggal dunia atas bumbung rumah

meninggal atas bumbung
ANGGOTA bomba membawa turun mayat lelaki warga emas dari bumbung rumah di Kampung Temerloh, Lenggong hari ini. - UTUSAN ONLINE/GAMBAR IHSAN BOMBA

GERIK 22 Ogos - Seorang lelaki warga emas meninggal dunia di atas bumbung rumahnya dalam kejadian di Kampung Temerloh, Lenggong dekat sini hari ini.

Difahamkan lelaki berusia 67 tahun itu pengsan ketika membaiki bumbung rumahnya dan mayatnya dibawa turun oleh anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong, Mohd. Meor Mohd. Saff berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 6.53 petang.

Katanya, anggota bomba menggunakan tali dan pengusung untuk membawa turun mayat lelaki tersebut.

"Difahamkan lelaki itu pada mulanya pengsan ketika berada di atas bumbung dan kejadian itu disedari oleh isterinya.

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan mayatnya diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut," katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain