Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata daripada mereka sa­ngat berharap dapat bersemuka secara terus dengan calon bagi meluahkan keluhan dan masalah yang dihadapi selama ini walaupun telah seminggu kem­pen dijalankan.

ABD. RANI UMUR
ABD. RANI UMUR 

Bagi Abd. Rani Umur, 92, dia mahu calon PRK Cameron Highlands melihat sendiri bagaimana kesusahan warga emas daripada go­longan veteran yang pernah berkhidmat sebagai pejuang negara.

“Ada calon tidak masuk sampai ke kampung-kampung. Hanya di dewan atau pekan terdekat. Sebenarnya, ramai veteran tentera dan polis di sini. Kami sangat berharap calon datang jenguk kami, bertanya khabar dan dengar masalah yang dihadapi.

“Andai menang nanti, selesaikan semua masalah tersebut kerana ini adalah rintihan rakyat.

RAPA CHU
RAPA CHU 

Bukannya datang sekadar raih sokongan selepas itu senyap hinggalah pilihan raya umum (PRU) akan datang,” katanya.

Abd. Rani pernah berkhidmat sebagai anggota Home Guard pada tahun 1951 dan kerahan tenaga bagi menjaga keselamatan negara ketika itu.

Dalam pada itu, Rapa Chu, 72, ber­kata, dia mahu me­lihat kehidupan ma­syarakat luar bandar pada masa akan datang bertambah baik dalam aspek ekonomi dan sosial.

“Tidak kira siapa menang, perkara utama adalah isu berkaitan orang kampung yang mengharapkan pendapatan daripada sektor pertanian dan penternakan.

“Jangan hanya pandai berjanji sahaja. Selepas itu lesap entah ke mana,” katanya.

Kamaliza Kamaruzaman, 37, pula mem­beritahu, dia akan menyokong calon daripada parti yang tidak hanya pandai berjanji semata-mata, sebaliknya bertanggungjawab demi rakyat.