Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, selepas terjun, wanita terbabit cuba mendapatkan kenderaan pacuan empat roda pasukan polis trafik yang kebetulan berada berdekatan lampu isyarat tersebut.

“Anggota polis trafik tersebut terus menghubungi ambulans yang kemudian membawa wanita itu ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

“Oleh kerana pertuturannya sukar difahami, identitinya masih belum dikenal pasti namun kita percaya dia mengalami trauma kemungkinan akibat didera,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zani, pihaknya akan mengambil keterangan dari pemandu teksi terbabit dan Pegawai Penyiasat dari Bahagian Jenayah Seksual Ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah dihantar ke hospital untuk mengambil keterangan wanita tersebut. - UTUSAN ONLINE