Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, perkara itu diberitahu oleh ahli keluarga remaja itu dalam pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, di resort The Dusun dekat sini hari ini.

"Kerajaan Malaysia bersama Kedutaan Ireland serta Perancis akan bekerjasama untuk melaksanakan prosedur itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Wan Azizah telah meluahkan rasa sedih hingga menitiskan air mata dalam pertemuan tersebut.

"Kak Wan (Wan Azizah) rasa amat sedih dan terus meminta kebenaran memeluk kedua-dua adik Nora, iaitu Innes Julia dan Maurice Arthur.

"Selepas itu, kami duduk atas sofa untuk berbincang lebih lanjut. Ibu Nora, Meabh Jaseprine Quoirin diapit oleh Kak Wan dan saya," katanya. - UTUSAN ONLINE