Timbalan Perdana Menteri, akan diiringi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah serta para pegawai dari pejabatnya dan Kementerian Luar.

Persidangan itu, yang bertemakan 'Makkah Al-Mukarramah Summit: Hand in Hand toward the Future', didahului dengan Mesyuarat Para Pegawai kanan pada 27 Mei dan Mesyuarat Menteri Luar majlis berkenaan pada 29 Mei.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Luar berkata, persidangan kemuncak itu dijangka membincangkan dengan mendalam isu politik, ekonomi dan sosiobudaya yang mempengaruhi Ummah.

Mesyuarat itu akan menyentuh mengenai Pelan Tindakan Sepuluh Tahun OIC 2016-2025 dengan matlamat menghadapi cabaran yang dihadapi ummah

Persidangan itu juga dijangka menerima pakai tiga dokumen iaitu Final Communique of the 14th OIC Summit, the Resolution on the cause of Palestine dan Al-Quds Al-Sharif and Makkah Declaration.

Sebagai anggota pengasas OIC, Malaysia komited dalam menyokong OIC dalam mempromosi pembangunan dan kesejahteraan ummah.- BERNAMA