Perhimpunan aman yang diadakan selepas solat Jumaat itu bermula pada pukul 2 petang sebelum tamat satu jam kemudian.

Pengerusi Penaja Pertubuhan Gabungan NGO Melayu dan Islam Negeri Johor, Mohd. Esa Baba Ali Khan berkata, sokongan tersebut juga bertujuan mengajak rakyat negara ini menghormati undang-undang negara.

“Semua pihak terdiri daripada pemimpin kerajaan mahupun rakyat perlu mendukung undang-undang tempatan, iaitu Undang-Undang Tubuh Negeri Johor dan Perlembagaan Persekutuan.

“Tindakan ini perlu bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat berbilang kaum di negara ini terjamin,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mengetuai perhimpunan aman tersebut di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE