Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Datuk Ir. Ahmad Asri Abdul Hamid berkata, sistem tersebut yang menggunakan teknologi digital sepenuhnya mampu membantu pemaju mengatasi pelbagai masalah diperingkat awal, sekaligus tidak menganggu kelewatan proses pembinaan.

“Sistem ini menjimatkan kos dan dapat membantu memperbaiki penyelenggaraan di peringkat awal pembinaan.

“Oleh itu, menjelang tahun 2020 kita berharap BIM diwajibkan dalam satu-satu projek sebagai sebahagian daripada syarat untuk mendapat kelulusan sijil layak menduduki (CF),” katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis International Construction Transformation Conference (ICTC) di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE