Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Junz Wong berkata, sehubungan itu, operasi pelupusan unggas akan dilaksanakan serta merta di kawasan dalam radius satu kilometer daripada ladang berkenaan.

Katanya, jika ada sampel yang diuji positif di luar kawasan satu kilometer itu, operasi pelupusan akan diperluaskan lagi ke radius lima kilometer sebagai langkah pencegahan.

"Jabatan ini melalui pasukan penguat kuasa juga akan memastikan tiada satu pun unggas dibawa keluar dari kawasan wabak.

"Kempen kesedaran akan turut dipergiat untuk memastikan masyarakat faham tentang apa yang berlaku dan memberikan kerjasama yang diperlukan," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, Junz berkata, daging dan telur ayam yang dijual di pasaran ketika ini selamat untuk dimakan kerana telah melalui pemeriksaan ketat sebelum dipasarkan, namun meminta masyarakat memasak makanan tersebut dengan sempurna sebelum diambil.

Beliau menambah, sebelum ini terdapat kes jumlah kematian ayam yang tinggi di beberapa ladang dan 939 sampel telah diuji tetapi menunjukkan hasil yang negatif daripada sebarang penyakit.

"Namun hasil pemeriksaan berterusan ke atas beberapa ladang mendapati sampel bertarikh Selasa lalu positif kepada penyakit itu," katanya. - UTUSAN ONLINE