Lebih menarik, Kemudi menjadi warga media pertama di negara ini yang berbuat demikian sekaligus menyahut seruan kerajaan dalam menangani rasuah.

Lafaz ikrar tersebut diketuai oleh Azran Fitri Abdul Rahim bersama Presiden Kemudi, Mohd. Zailani Abdul Rahman dan ahli-ahlinya yang merupakan wartawan, jurugarambar serta petugas di 16 agensi media di negeri ini.

Majlis tersebut disaksikan oleh Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri, Datuk Moh Samsuddin Yusoff; Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Datuk Yahaya Mamat dan Timbalan Pengarah Bahagian Operasi SPRM negeri, Rostam Abu Hassan.

Sementara itu, Moh Shamsuddin berkata, pihaknya menyambut baik langkah Kemudi yang melafazkan dan menandatangi IBR.

“Ini membuktikan komitmen pengamal media untuk memerangi gejala rasuah dan salah guna kuasa di negeri ini.

“Saya berharap apa yang dilakukan oleh Kemudi ini menjadi contoh kepada orang lain untuk turut sama berbuat demikian,” katanya. - UTUSAN ONLINE