Hasan Mohamed, 68, tinggal di pondok yang dibinanya sendiri menggunakan kayu, buluh dan zink terbuang dengan hanya berlantaikan tanah itu sejak dua tahun lalu.

Lebih menyedihkan, apabila hujan Hasan yang merupakan anak keempat daripada lima beradik tidak dapat tidur kerana tempias dan atap yang bocor.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, saiz pondok itu kecil dan hampir roboh yang tidak sepatutnya dijadikan tempat tinggal.

Pondok tersebut didapati hanya mempunyai pangkin kayu untuk seorang individu tidur dan bahagian memasak selain sambungan paip yang diberikan oleh jiran berhampiran. - UTUSAN ONLINE