Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Wan Zahidi, 75, dilantik bagi menggantikan Prof Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin yang telah tamat tempoh pelantikannya.

Katanya, pelantikan Wan Zahidi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.

“Wan Zahidi berpengalaman luas dalam pelbagai bidang dan lapangan kerjaya khususnya yang berkaitan dengan hal ehwal Islam,

“Antara kerjaya perkhidmatan dan jawatan yang pernah disandangnya adalah Mufti Wilayah Persekutuan, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Pengerusi Panel Pakar Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Pensyarah Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE