Kejadian itu dipercayai berlaku pada 19 September lalu dan laporan polis telah dibuat namun didakwa tiada tindakan diambil sehingga kini.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 1 minit 18 saat itu, kelihatan pekerja tempat letak kenderaan hotel tersebut sedang duduk memerhatikan komputer di pejabatnya sebelum lelaki yang didakwa bergelar Datuk datang dalam keadaan marah serta mencampakkan ‘walkie-talkie’ ke arah mangsa.

Lelaki tersebut kemudian masuk ke dalam pejabat dan memukul mangsa beberapa kali sambil memarahi mangsa.

Bagaimanapun, punca kejadian tersebut tidak diketahui. - UTUSAN ONLINE