Namun kini kehidupan vete­ran tentera yang kian dimamah usia itu semakin terbeban de­ngan kejatuhan harga komoditi kelapa sawit dan tanpa program bantuan yang signifikan.

Kehadiran Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ke Felda berkenaan baru-baru ini dengan berjanji

ISMAIL ALI
ISMAIL ALI 

membantu golongan itu pula bagaikan tidak membawa apa-apa erti kepada mereka yang terus terbeban.

Pengerusi Tetap Persatuan Ve­teran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Sungai Ko­yan, Ismail Ali, 67, berkata, setelah hampir sembilan bulan Pakatan Harapan (PH) berkuasa, peneroka dalam kalangan veteran berasa tertekan apabila tidak mendapat pembelaan dan seolah-olah tidak dipedulikan kerajaan.

“Kami bergantung kepada kelapa sawit dan apabila har­ganya menjunam ke paras yang cukup rendah kami tertekan, keadaan lebih teruk bagi kalangan ve­teran tidak berpencen kerana mereka hanya mengharapkan hasil ladang.

“Jadi kami mohon kerajaan Malaysia baharu dapat memberi sesuatu yang bermakna kepada veteran kerana veteran ini adalah orang yang lanjut usia dan tidak mampu bekerja

RAHANI ABDULLAH
RAHANI ABDULLAH 

luar,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, kenyataan Moha­mad bahawa nasib veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada masa ini terbela adalah tidak benar kerana golongan itu kini semakin tertekan, malah berasakan seolah-olah ter­pinggir.

“Dia cakap itu memang pusing-pusing, Mat Indera pun dia kata pejuang, kalau duduk pentas dengan pentas komunis memang cakap tu berpusing-pusing,” ujarnya.

Sementara itu, Srikandi PVATM Sungai Koyan, Rahani Abdullah berkata, balu veteran ATM di sini turut terpinggir dan terpaksa hidup dalam keadaan yang terbeban.

Sehubungan itu, dia berharap peruntukan bantuan khas turut diberikan kepada balu veteran ATM bagi membantu mereka menjalani kehidupan dengan baik.

Video oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN