Timbalan Menteri Pengang­kutan, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, menerusi kerjasama itu lebih 26 juta pe­langgan Malindo Air dapat membaca akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! yang komi­ted memperjuangkan bahasa Melayu, semasa berada dalam pesawat.

“Sebagai akhbar tertua negara, Utusan Malaysia perlu diperkukuhkan agar mampu kekal menyumbang bakti kepada agama, bangsa dan ta­nah air, lebih-lebih lagi selepas banyak perubahan berlaku ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis simbolik penyerahan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! kepada Malindo Air di Lapa­ngan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dekat sini hari ini.


Turut hadir ialah Ke­tua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy; Pengerusi Eksekutif UMMB, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir; Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah dan Pengarang Kosmo!, Lokman Othman.

Kamarudin menambah, semua pihak perlu memastikan media arus perdana seperti Utusan Malaysia memainkan peranannya sebagai penyampai maklumat dan ilmu kepada masyarakat.

Sementara itu, Chandran berkata, sebanyak 1,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo! diedarkan kepada pelanggan mereka setiap hari dalam penerba­ngan kelas ekonomi dan perniagaan.

“Kerjasama antara Malindo Air dan UMMB ini juga sebagai satu daripada usaha memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat sejajar dengan hasrat kerajaan.

“Secara tidak langsung usa­ha ini juga mampu memartabatkan bahasa Melayu memandangkan Utusan Malaysia adalah akhbar yang memperjuangkan bahasa kebangsaan,” katanya.

Sementara itu, Chandran memaklumkan Malindo Air yang menyambut ulang tahun keenam penubuhannya hari ini telah berjaya mengecapi pelbagai kejayaan dan berada di landasan yang terbaik untuk menjadi syarikat penerbangan terunggul negara.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, Utusan Malaysia bukan sahaja berperanan sebagai penyampai berita yang sahih tetapi turut menjadi medium membentuk minda masyarakat.

“Utusan Malaysia sudah menempuh pelbagai zaman dan cabaran selain mengalami pelbagai perubahan seiring peredaran masa.

“Kita akan terus menyajikan pelbagai berita menarik dan unik kepada para pembaca setiap hari selain terus memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat,” katanya.