Timbalan Perdana Menteri tiba pada kira-kira pukul 6.15 petang dan disambut kira 100 orang murid, tenaga pengajar serta kakitangan sekolah tersebut.

Turut serta Pegawai Daerah, Datuk Hamzah Hussin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.


Video Oleh SYEFRI MONIZ

Ahmad Zahid turut beramah mesra dan bertanya khabar serta bergambar bersama murid-murid.

Beliau kemudiannya turut melawat dan meninjau keadaan sekolah yang mempunyai enam kelas dengan jumlah murid keseluruhan seramai 127 orang itu.

Ahmad Zahid turut meluangkan masa melawat Koperasi Masjid Ubudiah yang baharu dibuka dan terletak di kawasan berhampiran. - UTUSAN ONLINE