Menurut penulis buku itu, Prof. Mohammad Nazari Ismail buku ini untuk membuka minda dan mata generasi sekarang dan akan datang bagaimana industri perbankan membuat duit atas angin.

“Saya bukan kata tidak boleh berhutang tapi sebolehnya elakkan.

“Buku yang saya terbitkan ini nak beri peluang kepada orang ramai untuk memahami lebih dalam sekiranya mereka ingin berhutang dengan pihak bank,” ujarnya di sini hari ini.

Beliau ditemui ketika di Majlis Pelancaran di Universiti Malaya yang turut dihadiri oleh Pengerusi Gerakan Keadilan Monetari (MMJ) Dato Prof Ahmed Kameel Mydin Meera, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dato Manap Wahab dan bekas Ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Prof Jomo Kwame Sundram.

Menurut Mohammad Nazari Ismail, buku terbitanya amat berkait rapat dengan keadaan ekonomi sekarang.

“Kalau kita tengok keadaan sekarang, kita lihat makin ramai kanak-kanak, malah keluarga tidur di tepi jalan.

“Ini sebab mereka tak mampu untuk membeli rumah atau menyewa kerana harga terlalu tinggi” ujarnya.

Ahamed Kameel Mydin Meera berkata, peningkatan kos sara hidup akan memberikan kesan kepada negara pada masa akan datang - UTUSAN ONLINE