Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Tiga kementerian laksana Pelan Pembangunan Pendidikan STEM

P. KAMALANATHAN memotong reben merasmikan Unit Pembelajaran Bergerak
P. KAMALANATHAN memotong reben merasmikan Unit Pembelajaran Bergerak Pintar di Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2, Cheras, Kuala Lumpur. semalam. Turut hadir Pengerusi Pintar, Tan Sri Arshad Ayub. UTUSAN/WAHIDAH ZAINAL

KUALA LUMPUR 5 Julai – Kementerian Pendidikan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang turut dianggotai wakil Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi bagi melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, pelan pembangunan pendidikan itu yang sedang di­usahakan akan kelihatan lebih lebih holistik dan inklusif de­ngan memfokuskan terhadap lapan bidang utama.

Beliau berkata, lapan bidang tersebut melibatkan dasar, pe­nga­jaran dan pembelajaran, fasili­ti, program kesedaran kerjaya, kerjasama strategik, data serta penyelidikan, pengkomersialan serta inovasi.

“Pendidikan berorientasikan pembelajaran dalam kelas perlu ditukar kepada konsep baharu yang membolehkan pelajar bertanya dan menimbulkan banyak persoalan.

“Untuk memastikan pendidi­kan STEM benar-benar didedahkan kepada pelajar, kaedah penga­jaran pasif dalam kelas perlu diubah menjadi pem­belajaran aktif yang menekankan idea-idea kreatif dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT),” katanya selepas melancarkan Unit Pembe­lajaran Bergerak Pintar (PMLU) di Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2, di sini hari ini.

Menurut Kamalanathan, me­la­lui pelan tindakan STEM, nisbah pengambilan pelajar universiti untuk jurusan sains adalah 60 peratus manakala 40 peratus untuk jurusan sastera.

Oleh itu, katanya, pelajar jurusan sains mempunyai peluang lebih tinggi berbanding pelajar aliran sastera untuk mendapat tempat di universiti.

“Pengukuhan STEM merupakan inisiatif utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, namun hanya 47 peratus pelajar mengikuti aliran STEM di negara ini.

“Kita harus mewujudkan le­bih banyak ruang dan dasar-dasar yang sewajarnya supaya nisbah 60 peratus pelajar jurusan sains dan 40 pelajar jurusan sastera dapat dipenuhi,” katanya.

Sementara itu, PMLU merupakan sebuah bas yang diubah suai khas bagi menempatkan pelbagai peralatan digital yang menarik, selain menyediakan maklumat tentang kerjaya teknologi digital masa depan dan penggunaan selamat teknologi itu.

Bas tersebut dijadualkan menjelajah sekurang-kurangnya 100 sekolah tahun ini dengan tumpuan memberi lebih banyak peluang kepada pelajar mencuba setiap aktiviti di setiap bahagian untuk jangka masa lebih lama.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain