Video oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA

Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pula dimasyurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang yang majlisnya turut akan diadakan pada hari sama.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah, Tengku Hassanal Ibrahim yang kini sedang melanjutkan pengajian di Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom akan pulang ke tanah air sehari sebelum istiadat berkenaan.

"Selepas selesai istiadat pemasyhuran, Tengku Hassanal akan kembali ke United Kingdom untuk meneruskan pengajiannya sehingga hujung tahun ini.

"Jawatan Tengku Panglima Besar akan dikosongkan dahulu sementara saya mencari calon sesuai," titah baginda selepas mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri di bangunan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini.

Al-Sultan Abdullah berharap Tengku Hassanal Ibrahim akan mempamerkan watak yang baik sebagai seorang pemimpim kepada negeri ini dan rakyat secara keseluruhannya. - UTUSAN ONLINE