Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

[VIDEO] Teguh dalam satu barisan

Rakyat Malaysia perlu bersatu, tenang hadapi serangan isu luar – Zahid

PUTRAJAYA 23 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat untuk sentiasa teguh berada dalam satu barisan demi mempertahankan kedaulatan negara.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Beliau melihat serangan isu dari luar merupakan satu tindakan sengaja yang dirancang untuk menjejaskan imej Malaysia.

Tegasnya, kedaulatan dan kebebasan negara tidak wajar digadaikan kepada media luar dalam membuat percaturan politik negara.

“Kita harus tenang dan bijaksana menilai tohmahan dan fitnah nista ini, sempena bulan baik ini kita harus berminda positif dan menangkis segala isu yang dibangkitkan oleh media asing.

“Kekuatan dan keunikan ini dicemburui oleh orang asing, inilah cabaran kita, mereka sedaya upaya mengadu domba untuk meretakkan jalinan perpaduan antara kaum dan pucuk pimpinan negara,” katanya dalam Perutusan Hari Raya Aidilfitri 2017, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, media baharu harus dijadikan medium perpaduan dan bukannya sebagai platform untuk membangkitkan isu sensitif yang boleh membakar rasa kebencian antara kaum.

“Secara asasnya, kita telah berjaya membenih dan menyuburkan semangat bangsa Malaysia. Kepercayaan rakyat kepada kerajaan selama ini akan direalisasikan dengan berkesan,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri seterusnya berkata, kerajaan akan terus komited membantu rakyat dalam menangani kos sara hidup, isu percukaian dan masalah sosial seperti buli yang semakin membimbangkan.

Sempena Aidilfitri ini juga, Ahmad Zahid mengajak masyarakat berbilang kaum untuk meraikannya dengan perasaan muhibah, menyantuni keluarga, sanak saudara dan sahabat handai tanpa mengira perbezaan agama, budaya dan warna kulit.

“Kunjungilah majlis rumah terbuka Aidilfitri bagi mengeratkan persaudaraan antara kita semua sebagai masyarakat pluralistik Malaysia.

“Buat seluruh umat Islam, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Kita telah berjaya me­lalui cabaran madrasah Ramadan. Hari ini adalah hari kemenangan,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain